[Marinir] {Disarmed} Re: [mediacare] 50 Tahun Terang Bulan Terbarai
BDG KUSUMO
bdgkusumo at volny.cz
Sat Dec 8 08:11:49 CET 2007
Pak YHG yb., email yg menarik, termasuk tulisan Ms Elizabeth Wong.
Film terkait saya lihat pertama kali thn 1946, umur 6 tahun, di bioskop Luxor,
Djokdja, dan ingat bagaimana permainan bintang-bintang filmnya.
Kalau tidak salah Kartolo dan Rukijah (ejaan lama)?
Wassalam, Bismo DG
----- Original Message -----
From: Yap Hong Gie
To: Post Mediacare ; Post IndoUsaMil ; Post Hankam ; Post Ex-Holland ; Post Akabri'90
Cc: Post X-PPI-Eropa77-87 ; Post Wahana-News ; Post T-net ; Post PPIIndia ; Post Marinir TNI-AL ; Post Nasional
Sent: Saturday, December 08, 2007 6:57 AM
Subject: [mediacare] 50 Tahun Terang Bulan Terbarai
Sejarah lagu Kebangsaan Malaysia 'Negaraku' adalah copycat lagu 'Terang
Bulan'.
Dahulu termuat dalam film 'Terang Boelan' (1937-38) yang ditangani oleh
Albert Balink dan wartawan Indonesia, Saeroen.
Ini adalah film Indonesia pertama yang suaranya 'sempurna' dan merupakan
film pertama yang meledak di seluruh nusantara, bahkan sampai Singapura
dan Strait Malaka (nama Malaysia sebelum dimerdekakan oleh Inggris).
Lagunya enak, mudah diingat dengan teks yang lucu dengan pesan moral,
sebagai nasehat buat kaum perempuan agar jangan percaya mulut buaya.
TERANG BULAN.
Terang Bulan, terang di kali.
Buaya timbul, disangka mati.
Jangan percaya mulut lelaki.
Berani sumpah, tapi takut mati.
Begitu kurang lebih bunyi salah satu alinea syair lagu tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://elizabethwong.wordpress.com/2007/08/11/readings-50-tahun-terang-bulan-terbarai/
(Readings) 50 Tahun Terang Bulan Terbarai
August 11, 2007
Posted by elizabethwong
(Unedited) Lima Puluh Tahun Terang Bulan Terbarai
Hisham Rais
Ha ha ha.. Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai.
Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap
top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock
parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan.Tiga helai bulu ari dan
tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.
Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku kini menjadi
top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi
komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda
dan Pak Cik Teksi , di seluruh negara - dari Perlis hingga ke Mersing
yang tidak 'connected' sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa?
Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.
Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang
Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70'an lagi
saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan.
Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah
memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).
Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini?
Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu
untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains
dan maths dalam Bahasa Inggeris.
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk
memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang
tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung
Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka - merdeka -
tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.
Ha ha ha. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek
United Malay National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan
kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon
akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malay National
Organisations yang semakin mengecut.
Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps. Negara-ku ini dimainkan di
panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam
Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula.
Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri - kunoon
-sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang
Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini
satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga telah bosan dengan Terang Bulan.
Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil
pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah
lagi. apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja
yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam
panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang
Bulan berbunyi.
Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah
Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi Firaun. Ini di zaman surat beranak
Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat
berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman ada joget lambat selepas
perkahwinan anak wakil rakyat Pas.
Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle.
Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman
sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.
Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk
tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah
dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa hanya dilihat sebagai
metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan
terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan
umat manusia. Kita semua telah 'connected' - manusia pasca
moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam
dunia ini.
Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara
Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis
sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan
Negara-ku. Masih was was , sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat
bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua
dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa
untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.
Ha ha ha. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal.
Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari
kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak
berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta
sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi
klentong. Tutup lubang gali lubang.
BUKTI PERTAMA - Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31
Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk
kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau
Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963
BUKAN 31 Ogos 1957.
BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay
National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah - HIDUP
Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)
BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG.
Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf
(API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic
Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata
melawan penjajah British.
BUKTI KE EMPAT - Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah
Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama
Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik
lagu Memula Moon a.k.a Negara-ku.
BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada
sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari
ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka
tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini
berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh
United Malay National Organisations sendiri.
Ha ha ha. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca,
menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah.
Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia.
Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.
Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di
rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah
muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh
dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar
oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.
United Malay National Organisations yang terus bersikap esklusif dan
possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul
gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United
Malay National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti
akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.
Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan
menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan
negara merdeka Kalimantan Utara - penyatuan Sabah Serawak dan Brunai.
Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi
dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya
yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.
Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman?
Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan
dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu
manusia
yang bernama Pierre Jean Berager. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger
wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih
menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.
Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini ?
Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain
tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan
klentong, penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah tindakan yang
revolusioner. END
__._,_.___
Messages in this topic (1) Reply (via web post) | Start a new topic
Messages | Files | Photos | Links | Database | Polls | Members
Mailing list:
http://groups.yahoo.com/group/mediacare/
Blog:
http://mediacare.blogspot.com
http://www.mediacare.biz
MARKETPLACE
------------------------------------------------------------------------------
Earn your degree in as few as 2 years - Advance your career with an AS, BS, MS degree - College-Finder.net.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe Recent Activity
a.. 59New Members
Visit Your Group
Yahoo! Finance
It's Now Personal
Guides, news,
advice & more.
Search Ads
Get new customers.
List your web site
in Yahoo! Search.
Drive Traffic
Sponsored Search
can help increase
your site traffic.
.
__,_._,___
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: http://www.polarhome.com/pipermail/marinir/attachments/20071208/6a2564dc/attachment-0001.html
More information about the Marinir
mailing list